Suria Perkasa Hitam, Lagenda 80an

Siri Kamen Rider Black merupakan antara siri kartun yang paling popular pada tahun 80an bukan sahaja di Jepun malah kesemua negara yang menayangkannya.
Mengisahkan tentang Kotaro dan Nobuhiko yang lahir ketika Gerhana Solar dan terpilih menjadi Century King.
Creation king asal yang mencari pengantinya.
Century King ini dilantik oleh Creation King sebelumnya dengan memilih dua manusia yang akan dijadikan seperti robot dan bertarung hingga ke titisan darah terakhir bagi mengangkat Creation King yang baru.
Creation King membekalkan dua batu kuasa kepada Gorgom dalam usaha melantik creation king yang baru.
Musuh utama iaitu Gorgom.
Dalam episod pertama diceritakan ibu bapa Kotaro dibunuh Gorgom yang juga penjahat utama pada usia Kotaro 3 tahun, Kotaro kemudian dibela ayah Nobihiko sehingga berusia 19 tahun sebelum mereka diculik Gorgom.
Rupanya ayah Nobuhiko bersengkongkol dengan Gorgom sebelum mengubah keputusan cuba mengagalkan operasi mengubah kedua remaja ini.
Operasi menanam batu kuasa.
Ketika cuba gagalkan operasi ini, hanya kotaro berjaya lepaskan diri, batu kuasa yang sudah ditanam dalam tubuhnya mengubah dia menjadi kamen Rider Black!
ini adalah kali pertama Kotaro menjadi masked rider black.
Sepanjang siri ini, Masked Rider Black melawan raksasa setiap minggu tanpa gagal dengan misi menyelamatkan Nobuhiko.
Kotaro aka Masked Rider Black.
Dalam usaha menyelamatkan Nobuhiko, Gotaro menjadi Masked Rider Black melawan Gorgom dan raksasa yang ditugaskan membunuhnya, dibawah adalah antara kuasa Kamen Rider Black.
Garisan pada dada dan tangan berlampu bila raksasa mengunakan cecair terkena badannya.
Tanduknya berlampu untuk mengesan musuh yang tak dapat dilihat.
Tumbukan maut yang kemudian dipertingkatkan kepada tumbukan padu maut
Tendangan Maut yang kemudian dipertingkatkan menjadi tendangan padu maut.
Batu Kuasanya boleh mengeluarkan cahaya menembak musuh.
Ada pendengaran sonic dan mendengar walau pada jarak yang jauh.
Black ada dua motor yang digunakan sepanjang siri ini, pertama adalah motor kesayangannya Battle Hopper atau nama melayunya Belalang Tempur.
Battle Hopper bukan sahaja jentera malahan adalah hidupan, mampu baiki diri sendiri dan amat setia pada yang dirasakan paling kuat antara kedua creation king.
Akhirnya mengorbankan diri sendiri dalam usaha menewaskan Shadow Moon.
Jentera kedua milik Black adalah Road Sector dimana diMalaysia atau Indonesia dikenali dengan nama Wira Angkasa.
Jentera ini diberikan oleh seorang saintis pada pertengahan siri, eksosnya mengeluarkan asap untuk mengelirukan musuh, Ada pelindung yang melindungi Black bila merempuh sesuatu rintangan.
Jentera ini lengkap dengan kemampuan menerima panggilan SOS dan video. Jentera ini juga mampu bertindak sebagai penyerang dalam urusan merempuh halangan.
Pengjahat Utama.
Gorgom.
mereka bertiga adalah orang suruhan kepada Creation king. Setiap mereka ada batu kuasa didada mereka, pada pertengahan siri Nobuhiko lemah didalam sfera tampat dia disimpan.
Demi menyelamatkan Shadow moon, Gorgom bertindak menculik adik Nobuhiko untuk bekalkan tenaga tetapi gagal.
Mereka akhirnya mengunakan Batu kuasa mereka sendiri untuk bangkitkan Shadow Moon.
Setelah bangkitkan Shadow Moon Mereka berubah menjadi Raksasa
Birugenia.
Lahir 30000 tahun lepas, merupakan insan terpilih mengantikan Creation king, Tetapi tidak mempunyai batu kuasa.
Mampu menyamar jadi sapa sahaja dan ada Pedangnya sendiri.
Creation king arahkan Gorgom bebaskanyya untuk memburu Black. Mandapatkan pedang Satan dan sebuah jentera yang dinamakan HellShooter.
Berugenia melawan Black
Berugenia bersama jenteranya Hellshooter
Shadow Moon.
Nobuhiko yang otaknya telah dibersihkan dan dibangkitkan Gorgom dengan misi membunuh black dan menjadi Creation King.
Agak jarang watak antagonis dalam siri Kamen Rider ini memiliki serangan Rider Kick tetapi Shadow Moon mampu melakukannya.
Shadow Moon bersama pedang Satan
bila berjalan akan ada bunyi sampai cuba ditiru anak muda waktu siri ini keudara.
Berlawan dengan Black dan akhirnya tumpas.

posted@malaysiasensasi.net sumber: pkpkknlh.com