Koleksi Sensasi


BERIKUT adalah keputusan perlawanan pembukaan Piala Malaysia 2016 yang berlangsung Selasa malam:

Kumpulan A:
----------

Terengganu FC II    2      Johor DT II      2


Kumpulan B:
----------

Selangor            1      Kuala Lumpur      0

Kelantan            1      Pahang            0


Kumpulan C:
----------

Johor DT            2      PKNS FC           2


Kumpulan D:
----------

Felda United        3      Negeri Sembilan   1  

Melaka United       2      Terengganu FA     1
posted@malaysiasensasi.net


PORTUGAL berjaya merangkul trofi Kejuaraan Eropah (Euro) 2016 buat kali pertama selepas menewaskan tuan rumah Perancis pada aksi akhir di Stade de France awal pagi Isnin.

Bekas penyerang Swansea, Eder menjadi hero Portugal selepas menjaringkan gol tunggal pada masa tambahan setelah kedua-dua pasukan gagal mencatat sebarang keputusan dalam tempoh permainan sebenar.

Pemain gantian itu menewaskan penjaga gol dengan sepakan padu yang mengelirukan Hugo Lloris.

Menarik kepala Angsa  adalah sukan lama asalnya dimainkan di bahagian Belanda, Belgium, England dan Amerika Utara dari abad 17 hingga abad ke-19. Sukan melibatkan angsa yang digantung kaki dari tiang atau tali yang merentangi jalan. Seorang lelaki yang menunggang kuda  akan cuba menarik leher angsa untuk memisahkan kepala dengan badannya. Sesiapa yang berjaya mencabut kepala angsa  diisytiharkan pemenang  dan menjadi wira yang mulia . Menarik kepala Angsa masih diamalkan hari ini, di bahagian Belgium dan Grevenbicht di Belanda sebagai sebahagian daripada hari Selasa Shrove dan di beberapa bandar-bandar di Jerman sebagai sebahagian daripada sambutan yang Shrove Isnin.











Jakarta: Seorang pemuda yang berpura-pura kudung sebelah kaki ditahan pegawai jabatan kebajikan masyarakat bandar raya ini atas tuduhan menipu orang ramai selepas ditangkap mengemis.
Ketua jabatan berkenaan Chaidir memberitahu wartawan, lelaki itu Aris Setianto, 27, ditangkap ketika mengemis di jalan raya di Jakarta Pusat.
Menurutnya, ketika hendak ditahan, Aris yang disangka benar-benar kudung, berlari menggunakan kedua-dua kakinya.
“Kami akhirnya berjaya menahannya,” kata Chaidir.
Lelaki itu, dalam keterangannya kepada pegawai mengaku, hasil yang diperolehnya menerusi mengemis lumayan.
“Dengan berpura-pura kudung dan mengemis, dia berupaya memperoleh sehingga Rp200,000 (RM65) sehari. Pendapatannya sebulan boleh mencecah sehingga Rp5 juta (RM1,650),” kata Chaidir.
Aris juga memberitahu pegawai, dia menjalankan kegiatan itu sejak 2008 lagi dan tidak berasa malu memandangkan pendapatannya memang lumayan. - Agensi


Phnom Penh: Seorang lelaki Britain yang menunggang motosikal dalam keadaan bogel akan diusir dari Kemboja hari ini kerana “mencemari keindahan budaya” setempat.

Crawford Brown, 24, menghabiskan hujung minggunya baru-baru ini di dalam penjara selepas ditangkap polis kerana bermotosikal tanpa berpakaian.

Polis juga menangkap dua warga asing lain, Catarina Aarnio, 22, dari Finland, dan Giancarlo Allocca, 30, dari Itali yang turut berbogel bersama Brown.

Brown adalah siswa Universiti Scotland Barat.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan menanggalkan pakaian masing-masing sebelum bermotosikal di daerah Leuk Daek, kira-kira 80 kilometer di tenggara Phnom Penh.

Jurucakap polis, Chuon Chomkol berkata, warga asing itu dikesan ketika mereka lalu di depan balai polis.

“Kelakuan mereka sangat keterlaluan walaupun mereka warga asing dan mungkin tidak faham budaya setempat,” katanya. - Agensi


Satu kemalangan membabitkan sebuah bas dan 10 buah kenderaan berlaku di kilometer 265.8 Lebuhraya Utara - Selatan selepas terowong menora Ipoh pada 2.45 petang tadi.

posted@malaysiasensasi.net

Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk R. Sri Sanjeevan ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut. 


Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, SAC Roslee Chik berkata Sanjeevan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 4.30 petang tadi. 

"Sanjeevan ditahan mengikut Seksyen 3 (1) POCA selama 60 hari lagi kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad. 

Sebelum ini, Sanjeevan, 32, dan pemandunya, seorang lelaki warga India, ditahan mengikut Seksyen 506, Seksyen 384 dan 385 Kanun Keseksaan kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut berdekatan Plaza Tol Nilai pada 22 Jun lepas. 

Beliau ditahan susulan laporan polis oleh seorang pengadu bahawa suspek mengugut untuk menyiarkan fitnah mengenainya melalui laman sosial Facebook. 

Sanjeevan ditahan bersama-sama pemandunya pada 10 malam 22 Jun, selepas menerima wang perlindungan sebanyak RM25,000 daripada pengadu.



Chiang Mai: Pihak berkuasa pelancongan Thailand semalam mengeluarkan amaran keras kepada pengurusan Lapangan Terbang Chiang Mai selepas gambar pakaian dalam milik seorang pelancong China tersidai di atas kerusi tersebar luas.

Gambar baju dalam berwarna merah jambu dan seluar hitam wanita terbabit mula tersebar melalui media sosial kelmarin dan mengundang pelbagai reaksi, dengan kebanyakannya mengkritik pihak yang berkenaan.

Presiden Persatuan Pelancongan Chiang Mai, Pornchai Jitnavasathien berkata, kejadian itu bukan pertama kali berlaku di lapangan terbang berkenaan.


Persatuan berkenaan turut meminta ejen dan pemandu pelancong Thailand menjelaskan kepada pelanggan masing-masing bahawa tindakan menyidai pakaian dalam bukan saja tidak sesuai dengan budaya setempat, malah menjejaskan imej pelancong China.

Sementara itu pegawai perhubungan awam lapangan terbang terbabit berkata, kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu lalu ketika wanita itu sedang menunggu penerbangan pulang ke China pada jam 9 malam.

Menurutnya, ia adalah waktu puncak dan kawasan berkenaan dipenuhi oleh orang ramai. - Agensi


posted@malaysiasensasi.net



Butterworth: Terperangkap dengan cinta monyet, ramai gadis menanggung malu sepanjang hayat selepas gambar bogel mereka yang hanya bertudung kini viral di media sosial.

Bukan saja gambar, malah video aksi ghairah mereka tersebar melalui media sosial dan dikongsi ribuan pengguna telefon pintar di negara ini, selain disiar laman web lucah.

Semuanya bermula apabila terpedaya dengan pujukan teman lelaki supaya gambar atau rakaman video ghairah atau bogel dikongsikan dengan alasan mengubat rindu.

Gadis yang dikenali sebagai Hana mendakwa kejadian itu pernah menimpanya dua tahun lalu ketika masih bersekolah dan bercinta dengan seorang lelaki dikenali di laman sosial.

Hana berkata, ketika itu dia berusia 16 tahun, tidak menyangka lelaki itu hanya mahu mempergunakan dia dengan berlakon menjadi lelaki penyayang dan prihatin.

Kajang: Lelaki warga Nepal ditahan selepas mencabul wanita tempatan yang mempromosikan kad prabayar di restoran di Bandar Tasik Kesuma, di Beranang, kelmarin.
Dalam kejadian 8.30 malam, mangsa berusia 23 tahun itu dipeluk dari belakang.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, suspek berusia 21 tahun itu meraba kemaluan dan bahagian dada mangsa menyebabkan mangsa meronta dan menjerit.
"Tiga rakan kerja mangsa yang melihat kejadian itu, terus menahan suspek dan membawa ke balai polis," katanya ketika ditemui, petang tadi.
Menurutnya, suspek yang bekerja di kilang berhampiran lokasi kejadian ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.



Mexico City: Seorang wanita mengambil keputusan membalas dendam terhadap suaminya yang curang ketika lelaki itu berpacaran dengan wanita simpanannya.

Si isteri dirakam duduk di atas bonet kereta BMW milik suaminya untuk menghalang dia memandu kereta itu bersama kekasihnya.

Polis cuba menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah mereka selepas pasangan itu bergaduh di tepi jalan raya yang sibuk.

Apabila wanita simpanan itu keluar dari kereta dan cuba meninggalkan tempat kejadian, si isteri dilihat menampar mukanya.

Rakaman kejadian itu menjadi viral selepas ia dimuat naik ke Internet.

Beberapa pengguna membahaskan wanita yang mana lebih cantik.

Seorang pengguna mengulas kejadian itu dengan menulis: “Lelaki itu mungkin kaya raya sehingga menjadi rebutan dua wanita.” - Agensi

Bangkok: Pejabat Pemulihan Tanah Pertanian Thailand bakal mengambil semula beberapa tanah yang diceroboh secara haram Kanchanaburi termasuk sebuah kuil yang dikenali sebagai kuil harimau.



Pegawai pertanian Kanchanaburi, Wacharin Wakamanont mengesahkan sebahagian besar tanah di kuil Wat Pa Luang Ta Bowa Yannasampanno atau kuil harimau akan diambil semula kerajaan.

Tanah di kuil itu yang diambil semula kerajaan menempatkan pejabat sami yang berbentuk harimau, sebuah pagoda dalam pembinaan, asrama 200 bilik untuk pekerja dan pintu gerbang dengan hiasan kepala harimau.

Katanya, langkah itu diambil selepas Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha mengarahkan pejabat itu mengambil semula tanah daripada penceroboh.

“Kerajaan sebelum ini memberi kebenaran kepada pihak kuil menggunakan tanah berkenaan untuk tujuan keagamaan.

“Bagaimanapun, pihak pengurusan kuil membangunkan tanah itu untuk dijadikan zoo,” katanya.

Jabatan perlindungan haiwan pada bulan lalu menyerbu kuil berkenaan kerana dipercayai membiakkan dan memperdagangkan harimau secara haram.

Pihak berkuasa menemui sejumlah kulit harimau, daging, tulang dan bangkai anak harimau yang dibekukan ketika membuat pemeriksaan di kuil berkenaan.
- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Ju




Xiao Jie baru menjangkau usia remaja ketika berkahwin dengan Wen, hanya tiga hari selepas berkenalan dengan suaminya yang berusia 18 tahun itu.

Pasangan muda itu pertama kali bertemu pada Tahun Baru Cina, apabila Jie yang berusia 13 tahun mengunjungi keluarga Wen di daerah Mengla di wilayah Yunnan.

Dalam pertemuan itu, Wen berkeras mahu Jie tinggal dan menjadi isterinya.

Tanpa sebarang pengetahuan mengenai kawalan kehamilan, Jie disahkan mengandung dan terpaksa berhenti sekolah.


Di kawasan luar bandar China, jumlah remaja yang mengalami nasib sama seperti Jie dilaporkan semakin meningkat.

Seorang jurugambar, Muyi Xiao merakamkan kisah pengantin muda yang kini membimbangkan masyarakat di negara itu yang tidak percaya mereka benar-benar jatuh cinta.

Usia yang dibenarkan berkahwin di negara itu ialah 20 tahun untuk wanita dan 22 tahun untuk lelaki, tetapi kebanyakan perkahwinan di luar bandar hanya dimeterai dengan jamuan sebelum mendaftar perkahwinan secara sah selepas kedua-dua pengantin cukup umur.

Bagaimanapun, pasangan muda ini sering bergantung kepada ibu bapa mereka sendiri untuk menyara keluarga baru mereka.

Jie tinggal di rumah keluarga Wen yang terletak di puncak gunung di kampung Tangzibian.

Ibu bapa Wen bekerja di wilayah Anhui kira-kira 1,600 kilometer dari kampung itu, menyebabkan mereka tinggal sendirian di rumah.

Wang yang dihantar oleh ibu bapa Wen setiap bulan adalah satu-satunya pendapatan mereka.

Kini, Jie mula bosan dengan kehidupannya sebagai isteri.

Dia hanya tinggal di rumah, kadang kala membantu kerja di ladang, memasak dan menyulam.

Kehidupan sosialnya terhad, kerana suaminya cemburu dengan rakan-rakannya dan Jie juga tidak memikirkan mengenai masa depannya.

Profesor sosiologi dari Universiti Peking, Lui Neng berkata, berkahwin pada usia muda adalah norma budaya anak muda di kawasan luar bandar kerana tidak banyak yang mereka boleh lakukan ketika mencapai usia akil baligh.

Satu lagi pasangan yang berkahwin di usia muda, Xiao Cai, 16, dan Ming, 17, bertemu setahun yang lalu ketika suaminya pulang dari berkerja di wilayah Guangdong.

Mereka berkenalan selama tiga bulan sebelum berkahwin tetapi Cai terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mampu menanggung perbelanjaan persekolahan.

Kini, pendapatan keluarga itu bergantung sepenuhnya kepada bapa Ming, sementara ibunya pula menjaga bayi mereka.

Menurut Muyi, pasangan itu banyak menghabiskan masa menonton kartun di televisyen.


Bali: Sepasang suami isteri miskin terpaksa membawa mayat anaknya pulang dengan motosikal kerana tidak mampu membayar kos ambulans.
Wayan Sujana, 45, dan isteri, Wayan Sari, 40, sebelum itu kehilangan anak ketiga mereka yang meninggal dunia di Hospital Sanglah di Denpasar Barat, Denpasar, Bali.
Bayi itu meninggal dunia selepas menjalani beberapa pembedahan lubang dubur.
“Sebaik anak saya meninggal dunia, saya diberikan bil oleh pihak hospital. Kos mengubati anak saya selama 45 hari, sejak dia dilahirkan, mencecah Rp10.934 juta (RM3,300).
“Saya bayar Rp3 juta (RM915). Wang itu hasil pinjaman daripada beberapa jiran. Memang saya tidak mampu menjelaskan bakinya dan tidak tahu bagaimana untuk membayarnya.
“Saya diberitahu saya perlu membayar lebih Rp1 juta (RM305) lagi sekiranya mahu menggunakan khidmat ambulans untuk membawa pulang anak saya ke rumah kami,” kata Sujana.
Perjalanan itu mengambil masa kira-kira tiga jam sebelum tiba di rumah pasangan itu di Banjar Yeh Kori, Karengasem. - Agensi