Gambaran Industri Perjudian Kuno Di China

Permulaan Industri Loteri
Perkataan loteri berasal daripada bahasa Itali, “lotto” atau “lothi” yang bermaksud nasib atau takdir. Mengikut sejarah, industri loteri dimulakan oleh kerajaan China sekitar tahun 195 sebelum masihi melalui permainan kuno yang dicipta oleh panglima perang DinastiHan yang bernama Cheung Leung. Formatnya adalah sama seperti loteri hari ini dan wang yang berjaya dikutip digunakan sebagai dana untuk membina Tembok Besar China dan pelbagai lagi projek pembangunan kerajaan Dinasti Han.

    Dewan Loteri Rom Hasil Lukisan Bartolomeo Pinneli

    Augustus Caesar atau Gaius Octavius yang memerintah kerajaan Rompada 27SM hingga 14 Masihi pula menganjurkan loteri diRom bertujuan bagi mengumpul dana membaik pulih kota Rom. Tiket dijual didalam majlis-majlis keramaian khususnya pada majlis-majlis makan malam yang dibuat secara gilang gemilang. Terdapat juga sebilangan golongan bangsawan yang menganjurkan cabutan loteri bagi tujuan kebajikan kepada golongan miskin.
    Didalam sejarah moden Eropah, loteri mula terkenal bermula pada tahun 1400. Kebanyakkan loteri dianjurkan untuk mengumpul dana bagi membiayai persediaan peperangan. Bandar L’Ecluse di Perancisadalah antara pelopor pertama loteri di Benua Eropah. Mereka mula menganjurkan loteri pada tahun 1420 dan pemenang akan menerima pelbagai barangan berharga. Pada tahun 1446, bandarBrugesBelgium pula menganjurkan loteri untuk mengutip dana bagi membantu golongan miskin di negara mereka. Ironi bukan?
    Ada pendapat mengatakan, loteri yang terbuka untuk masyarakat awam di Itali telah dianjurkan buat pertama kali pada tahun 1530 dengan nama ‘La Lotto de Firenze‘. Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang loteri tersebut adalah 50% daripada hasil jualan tiket loteri. 50% lagi digunakan sebagai dana untuk membina sekolah dan membaiki jalan-jalan di sekitar Itali.

    Lukisan Kuno Tentang Industri Loteri Di Itali

    Bagaimanapun, mengikut catatan sejarah Venice yang ditulis oleh Marin SanudoVenice adalah tempat bermulanya loteri di Itali. Pengasasnya adalah Geronimo Bambarara, seorang penjual pakaian terpakai di Rialto. Diceritakan ketika itu harga tiket loteri adalah setinggi 1 syiling emas. Pemenang ditawarkan hadiah wang sebanyak 200 syiling emas, permaidani serta pakaian yang bertatahkan emas. Hadiah kemudiannya meningkat kepada 1500 syiling emas, pakaian sutera, batu ambar malah kadangkala kucing dan kuda turut dijadikan hadiah. Bandar Rialto dikatakan menjadi tersangat sesak setiap kali keputusan loteri diumumkan. 
    Mengikut catatan, kematian pertama yang disebabkan oleh loteri juga berlaku di bandar Rialto. Seorang lelaki dijatuhi hukuman mati kerana didapati bersalah memalsukan tiket loteri milik beliau. Ya di zaman itu lagi, memalsukan tiket loteri adalah kesalahan berat dan akan dijatuhkan hukuman mati!
    Namun beberapa tahun selepas itu, loteri yang dianjurkan oleh pihak swasta telah diharamkan. Alasan pengharaman adalah kerajaan sudah pun menemui cara yang lebih mudah dan berkesan untuk mengumpul dana. Kerajaan Venice juga turut mengenakan cukai kepada pemenang loteri bagi mengumpul dana peperangan. Hadiah ditukarkan daripada wang emas kepada jawatan didalam kerajaan, kebiasaannya diberikan jawatan sebagai pemungut cukai di sesuatu kawasan. 
    Queen Elizabeth I adalah orang pertama yang memperkenalkan loteri di Britian serta negeri-negeri jajahannya pada tahun 1560. Hadiah yang ditawarkan adalah wang serta kain dewangga bertatahkan kata-kata puitis dihiasi lukisan indah. Keuntungan daripada hasil jualan tiket loteri digunakan untuk membaiki pelabuhan dan dermaga milik kerajaan British. Pada tahun 1694, akhirnya parlimenBritish meluluskan penganjuran loteri secara berlesen.

    Lukisan Berkenaan Industri Loteri Di British Sekitar Kurun Ke-18

    Loteri pertama anjuran pemerintah koloni Inggeris di Amerika Syarikat pula bermula di Massachusset pada tahun 1744. Ia dianjurkan bagi membayar hutang-hutang ketenteraan koloni Inggeris. Rentetan kejayaan tersebut, loteri peringkat kebangsaan Amerika telah dianjurkan pada 1776 bagi mengisi dana Revolusi Amerika. Tahun 1832, industri judi loteri mula mendapat liputan meluas apabila mampu menjana pendapatan menakjubkan buatAmerika apabila kutipan jualan loteri di 8 negeri mencatatkan keuntungan keseluruhan sebanyak 53 juta Dollar. Lebih 3 juta Dollar daripada jumlah pendapatan lain di Amerika pada tahun itu!
    PERHATIAN : Artikel ini ditulis bukan untuk mengalakkan pembaca berjudi atau membeli loteri. Tiada agama didunia yang menghalalkan dan menyuruh penganutnya berjudi atau membeli loteri. Artikel ini ditulis sekadar tujuan pengetahuan dan tauladan. Jauhi judi demi kesejahteraan hidup anda!
    Editor : Bang Jamil
    https://pkpkknlh.com/2016/11/19/industri-loteri-dan-kaitannya-terhadap-sejarah-ketamadunan-manusia/

    posted@malaysiasensasi.net 

    Siri Kamen Rider Black merupakan antara siri kartun yang paling popular pada tahun 80an bukan sahaja di Jepun malah kesemua negara yang menayangkannya.
    Mengisahkan tentang Kotaro dan Nobuhiko yang lahir ketika Gerhana Solar dan terpilih menjadi Century King.
    Creation king asal yang mencari pengantinya.
    Century King ini dilantik oleh Creation King sebelumnya dengan memilih dua manusia yang akan dijadikan seperti robot dan bertarung hingga ke titisan darah terakhir bagi mengangkat Creation King yang baru.
    Creation King membekalkan dua batu kuasa kepada Gorgom dalam usaha melantik creation king yang baru.
    Musuh utama iaitu Gorgom.
    Dalam episod pertama diceritakan ibu bapa Kotaro dibunuh Gorgom yang juga penjahat utama pada usia Kotaro 3 tahun, Kotaro kemudian dibela ayah Nobihiko sehingga berusia 19 tahun sebelum mereka diculik Gorgom.
    Rupanya ayah Nobuhiko bersengkongkol dengan Gorgom sebelum mengubah keputusan cuba mengagalkan operasi mengubah kedua remaja ini.
    Operasi menanam batu kuasa.
    Ketika cuba gagalkan operasi ini, hanya kotaro berjaya lepaskan diri, batu kuasa yang sudah ditanam dalam tubuhnya mengubah dia menjadi kamen Rider Black!
    ini adalah kali pertama Kotaro menjadi masked rider black.
    Sepanjang siri ini, Masked Rider Black melawan raksasa setiap minggu tanpa gagal dengan misi menyelamatkan Nobuhiko.
    Kotaro aka Masked Rider Black.
    Dalam usaha menyelamatkan Nobuhiko, Gotaro menjadi Masked Rider Black melawan Gorgom dan raksasa yang ditugaskan membunuhnya, dibawah adalah antara kuasa Kamen Rider Black.
    Garisan pada dada dan tangan berlampu bila raksasa mengunakan cecair terkena badannya.
    Tanduknya berlampu untuk mengesan musuh yang tak dapat dilihat.
    Tumbukan maut yang kemudian dipertingkatkan kepada tumbukan padu maut
    Tendangan Maut yang kemudian dipertingkatkan menjadi tendangan padu maut.
    Batu Kuasanya boleh mengeluarkan cahaya menembak musuh.
    Ada pendengaran sonic dan mendengar walau pada jarak yang jauh.
    Black ada dua motor yang digunakan sepanjang siri ini, pertama adalah motor kesayangannya Battle Hopper atau nama melayunya Belalang Tempur.
    Battle Hopper bukan sahaja jentera malahan adalah hidupan, mampu baiki diri sendiri dan amat setia pada yang dirasakan paling kuat antara kedua creation king.
    Akhirnya mengorbankan diri sendiri dalam usaha menewaskan Shadow Moon.
    Jentera kedua milik Black adalah Road Sector dimana diMalaysia atau Indonesia dikenali dengan nama Wira Angkasa.
    Jentera ini diberikan oleh seorang saintis pada pertengahan siri, eksosnya mengeluarkan asap untuk mengelirukan musuh, Ada pelindung yang melindungi Black bila merempuh sesuatu rintangan.
    Jentera ini lengkap dengan kemampuan menerima panggilan SOS dan video. Jentera ini juga mampu bertindak sebagai penyerang dalam urusan merempuh halangan.
    Pengjahat Utama.
    Gorgom.
    mereka bertiga adalah orang suruhan kepada Creation king. Setiap mereka ada batu kuasa didada mereka, pada pertengahan siri Nobuhiko lemah didalam sfera tampat dia disimpan.
    Demi menyelamatkan Shadow moon, Gorgom bertindak menculik adik Nobuhiko untuk bekalkan tenaga tetapi gagal.
    Mereka akhirnya mengunakan Batu kuasa mereka sendiri untuk bangkitkan Shadow Moon.
    Setelah bangkitkan Shadow Moon Mereka berubah menjadi Raksasa
    Birugenia.
    Lahir 30000 tahun lepas, merupakan insan terpilih mengantikan Creation king, Tetapi tidak mempunyai batu kuasa.
    Mampu menyamar jadi sapa sahaja dan ada Pedangnya sendiri.
    Creation king arahkan Gorgom bebaskanyya untuk memburu Black. Mandapatkan pedang Satan dan sebuah jentera yang dinamakan HellShooter.
    Berugenia melawan Black
    Berugenia bersama jenteranya Hellshooter
    Shadow Moon.
    Nobuhiko yang otaknya telah dibersihkan dan dibangkitkan Gorgom dengan misi membunuh black dan menjadi Creation King.
    Agak jarang watak antagonis dalam siri Kamen Rider ini memiliki serangan Rider Kick tetapi Shadow Moon mampu melakukannya.
    Shadow Moon bersama pedang Satan
    bila berjalan akan ada bunyi sampai cuba ditiru anak muda waktu siri ini keudara.
    Berlawan dengan Black dan akhirnya tumpas.

    posted@malaysiasensasi.net sumber: pkpkknlh.com