Koleksi Sensasi

Sesetengah orang percaya ia hanya mitos, tetapi Guinness Book of Records mempunyai rekod bahawa masakkan unta sumbat yang disenaraikan sebagai bahan makanan yang terbesar dari mana-mana menu, dan terdapat juga gambar-gambar beberapa orang Badwi berpesta makanan.

Nama rasmi hidangan tradisional puak Badwi tidak diketahui, tetapi kebanyakan orang merujuk kepada sebagai "unta Turducken". Menurut kebanyakan sumber-sumber yang ianya kadang-kadang disediakan di kenduri perkahwinan dan parti-parti khas di negara-negara Arab seperti Arab Saudi.

Pada asasnya, mereka menggunakan unta dewasa sebagai bahan utama,dengan membuang bahagian dalaman dan disumbat dengan daging kambing biri-biri atau anak-anak domba dengan di campurkan kira-kira 20 ekor ayam dan ikan.

Seperti bom atom yang penuh kalori perlu direbus kemudian dimasak di atas arang sehingga daging unta berwarna perang dan rangup. Anda pasti tidak dapat bayangkan, periuk jenis apakah yang boleh memuatkan keseluruhan unta seperti yang kelihatan , tetapi proses memasak keseluruhan mengambil masa kira-kira 24 jam.
Unta tersebut kemudian dihidangkan dengan pinggan perak kepada tetamu yang hadir pada hari perkahwinan tersebut. 



 :
posted@malaysiasensasi.net via dairishare


Lubang buaya merupakan tempat pembuangan korban tragedi Gerakan 30 September pada tahun 1965. Lubang buaya ini terletak di kawasan Pondok Gede, Jakarta Timur yang menjadi tempat mengerikan. Warga sekitar sering mendengar suara teriakan dari lubang buaya ini, sehingga mereka menganggap tempat ini merupakan tempat yang mengerikan.

posted@malaysiasensasi.net


Dato' Meor Abdul Rahman dari kaca mata Cikgu Kahar Redza, pemandu peribadinya

Selepas 13 Mei 1969, iaitu pada bulan Jun 1969, Dato’ Meor Abdul Rahman turun ke Kuala Lumpur untuk menurunkan ilmu kebatinan kepada gurulatih Selangor. Kahar Redza bersekolah sehingga darjah enam sahaja, jadi beliau meminta izin untuk mengikut Dato’ Meor Abdul Rahman mengembangkan Gayong. Kahar Redza berkata bahawa dia boleh memandu kereta Mahaguru. Kahar Redza telah menjadi pemandu kepada Dato' Meor Abdul Rahman selama lima tahun.

Menurut Kahar Redza, Dato' Meor Abdul Rahman ini luar biasa sedikit orangnya; beliau berwatak bengis kerana berketurunan Bugis(lekas marah dan gemar memukul orang), tetapi hatinya baik. Beliau memang nampak garang – jika tidak tahu rentaknya mesti orang akan takut kepadanya. Beliau selalu memaki hamun dengan kata-kata "paria" semasa mengajar silat dan bersikap amat tegas(jika tergerak hendak maki, beliau akan terus memaki).

Pada Julai 1969, Kahar Redza telah mengikut Dato’ Meor Abdul Rahman tinggal di Kota Sarang Semut, Kedah. Rumah Dato’ Meor Abdul Rahman terletak bersebelahan balai polis. Dalam masa tiga bulan Dato’ Meor Abdul Rahman telah mengenalkan silatnya ke seluruh negeri Kedah, iaitu secara mengadakan pertunjukan ilmu kebatinan yang dijalankan dengan bantuan anggota rombongannya. Kahar Redza kerap disuruh menjadi model untuk diuji ilmu kebatinan. Menurut Dato’ Meor Abdul Rahman, ilmu kebatinan tersebut hanya digunakan ketika kecemasan sahaja dan bukannya untuk diriak-riakkan. Seluruh pelosok negeri Kedah telah dijelajahi oleh Dato’ Meor Abdul Rahman.

Dato’ Meor Abdul Rahman tidak seperti guru-guru silat yang lain. Beliau sentiasa berkot dan memakai tali leher. Dengan kata lain, beliau sentiasa segak dan bergaya. Sukar untuk melihat beliau berpakaian silat ketika di gelanggang silat. Beliau bergerak dari satu gelanggang ke satu gelanggang sambil menunjukkan buah-buah silat.

Dari Kota Sarang Semut, beliau kemudian pergi ke Gurun untuk menemui Abdul Majid Md.Isa. Di Gurun, beliau telah bertanyakan tentang perkembangan Silat Seni Gayong di situ.

Satu sikap Dato’ Meor Abdul Rahman yang agak pelik ialah cara beliau menurunkan pelajaran. Beliau tidak mengira tempat untuk menurunkan pelajaran Gayong. Jika dalam perjalanan beliau mendapat ilham, beliau akan mengarahkan kereta diberhentikan dan beliau lalu menurunkan buah silat. Kemudian murid-muridnya akan menyusun pelajaran tersebut. Setiap kumpulan yang mengikuti rombongan Dato’ Meor Abdul Rahman akan mendapat buah silat yang berbeza. Setiap murid yang mendapat banyak buah silat akan diminta untuk menuliskannya.

Dato’ Meor Abdul Rahman memang seorang yang pembengis. Kahar Redza kerap dihukum ketuk ketampi sebanyak 33 kali. Bagaimanapun, selepas melakukan denda tersebut, Dato’ Meor Abdul Rahman akan mentertawakan beliau.

Di Taiping, cara penurunan pelajarannya juga sama. Dato’ Meor Abdul Rahman tidak pernah memakai uniform silat. Murid-murid Gayong diminta menunggu kedatangan Dato' Meor Abdul Rahman di gelanggang. Lepas makan malam, iaitu antara pukul 10.00 hingga 12.00 malam, Dato’ Meor Abdul Rahman akan memanggil semua murid-murid yang berada di dalam rumahnya turun ke gelanggang. Jika hari hujan, latihan akan diadakan di dalam rumah(Ahamad Ayazi, suami Siti Kalsom pernah bengkak-bengkak seluruh lengannya akibat kerap terhempas di lantai rumah). Melalui cara beginilah bermacam-macam buah diperoleh, baik buah tangan kosong ataupun buah kipas nandung dan seligi. Pendek kata, jika ilham datang, pelajaran akan terus diturunkan. Kahar Redza sentiasa menjadi sasaran untuk menyusun pelajaran-pelajaran yang telah diperturunkan.

Pada keesokan harinya, tanpa diduga ada lagi pelajaran yang akan diperturunkan. Jika ternampak kelibat Dato’ Meor Abdul Rahman sedang memegang pisau, tentu ada buah tertentu akan diperturunkan. Buah pisau yang diperoleh oleh Kahar Redza berbeza dengan buah pisau yang terdapat dalam silibus pisau negeri Selangor.

Dato’ Meor Abdul Rahman kerap berulang-alik dari Kedah ke Taiping untuk bertanyakan khabar anak-anak muridnya ataupun kerana memandikan(memperlimausintukkan) murid baru. Biasanya dua kereta digunakan dalam satu-satu perjalanan. Kereta-kereta tersebut dipenuhi dengan perempuan-perempuan belaka seperti Datin Paridah(isteri), Nor Aisyah, Sofiah, dan Siti Kalsom(anakanda) di samping Dato’ Meor Abdul Rahman, Ahmad Lazim, Ahmad Ismail dan Kahar Redza sendiri. Dua buah kereta yang digunakan ialah dari jenis Austin dan Toyota. Penumpang terpaksa duduk berhimpit-himpit seperti sardin disebabkan kenderaan yang dinaiki adalah jenis kenderaan bersaiz kecil.Dato’ Meor Abdul Rahman memandu sebuah kereta dan Kahar Redza memandu kereta yang sebuah lagi. Biasanya mereka memulakan perjalanan dari Kedah. Dari Kedah mereka akan terus ke Taiping, kemudian ke Kuala Lumpur/Selangor sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura.

Di Singapura Dato’ Meor Abdul Rahman telah berjumpa dengan Hussain Kaslan, wakilnya di Singapura. Dato’ Meor Abdul Rahman meminta Hussain Kaslan menganjurkan suatu pertandingan silat di Singapura yang melibatkan semua jenis silat yang ada. Terdapat bermacam-macam silat yang ada. Akan tetapi semua guru silat di sana sangat-sangat menghormati Dato’ Meor Abdul Rahman. Mereka segan dengan kelebihan yang ada pada Dato’ Meor Abdul Rahman.

Satu lagi sikap Dato’Meor Abdul Rahman yang agak pelik ialah beliau gemar mencabar guru-guru silat yang suka berlagak seolah-olah seperti mempunyai ilmu persilatan yang tinggi. Dato’ Meor Abdul Rahman pernah mencabar seorang lelaki benggali yang berbadan besar. Dato’ Meor Abdul Rahman telah mengangkat lelaki benggali tersebut lalu dihumban sehingga melayang ke udara sebelum jatuh terhempas. Seorang master Taekwondo bertalipinggang Hitam Tujuh Dan pernah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman. Ketika itu di sebuah kelab malam diadakan demonstrasi seni mempertahankan diri(self-defence). Hanya dengan sekali pukul Dato’ Meor Abdul Rahman telah berjaya menumbangkan master Taekwondo tersebut. Pendek kata, banyak sekali cabaran yang dihadapi ketika beliau berada di Singapura.

Sebenarnya bukan mudah untuk Dato’ Meor Abdul Rahman mengembangkan Silat Seni Gayong ini. Kadang-kadang, ketika dikehendaki ke Singapura, beliau langsung kehabisan wang. Walaupun begitu, Dato’ Meor Abdul Rahman memiliki suatu kelebihan tersendiri. Beliau pernah menyuruh Kahar Redza mengambil sehelai daun lalu daun tersebut disuruh ramas sehingga menjadi wang kertas. Bagaimanapun, hal ini hanya boleh digunakan ketika keadaan terdesak sahaja. Biasanya not RM50 akan diperoleh. Dato’ Meor Abdul Rahman akan meminta agar kereta tersebut diisi dengan minyak sehingga penuh tangki. Pantang larang yang perlu dipatuhi – tidak boleh mengambil wang baki.

Dari segi peribadi Mahaguru, beliau gemar membaca suratkhabar jawi. Beliau juga selalu berzikir sehingga boleh dilihat seolah-olah berjalan di atas dinding rumah. Hal ini disaksikan sendiri oleh Kahar Redza di Taiping. Beliau juga memiliki sebentuk cincin bermatakan batu akik hijau. Cincin ini dipercayai boleh menjauhkan binatang buas.

Dari Singapura, mereka terus ke Kedah. Di Kedah, iaitu di Gurun(Batu 18) Dato’ Meor Abdul Rahman telah mengarahkan Kahar Redza agar memanggil seorang guru silat tempatan yang bernama Hussain. Hussain menggeletar ketakutan apabila diminta berjumpa Dato’Meor Abdul Rahman. Beliau telah memohon maaf sambil bertanya apakah kesalahannya sehingga dipanggil menghadap. Dato’ Meor Abdul Rahman telah memberi kata dua kepada Hussain supaya tidak mengaitkan Silat Seni Gayong ketika beliau mengajar silatnya. Dari Kedah mereka meneruskan perjalanan ke Padang Besar yang terletak di sempadan negara Thailand. Di Padang Besar, beliau telah bertarung dengan ahli-ahli tomoi Siam. Dato’ Meor Abdul Rahman telah mengalahkan kesemua jaguh-jaguh tomoi yang menentangnya. Ketika hendak pulang dari sempadan Siam, kereta yang mereka naiki telah bertembung dengan seekor harimau di tengah jalan. Dato’ Meor Abdul Rahman lalu berkata,"Hang berhenti Kahar, ambil rimau tu…" Kahar Redza amat terkejut dengan arahan tersebut. Semua anggota rombongan ketakutan, sehingga hampir terkencing. Mereka segera menaikkan semua cermin tingkap kereta. Dato’ Meor Abdul Rahman hanya memandang sahaja harimau tersebut. Anehnya harimau tersebut tiba-tiba menundukkan kepalanya. Dato’ Meor Abdul Rahman lalu mengarahkan Kahar Redza keluar dari kereta dan menyuruh beliau mengusap-usap kepala harimau tersebut. Dalam keadaan ketakutan, Kahar Redza telah membuat segala suruhan Dato’ Meor Abdul Rahman. Inilah satu lagi kelebihan Dato’ Meor Abdul Rahman, iaitu menundukkan binatang buas.

Pernah suatu ketika, Dato’ Meor Abdul Rahman telah rebah ketika sedang memperlimautapakkan murid baru di Kampung Jawa, Kelang.Dato’ Meor Abdul Rahman menjadi tidak sedarkan diri. Tiba-tiba beliau seperti diresapi suatu semangat telah berkata, " Suatu hari nanti, bandar ini akan menjadi Bandar Anggerik Shah Alam dan menjadi terkenal. "

Ketika dalam perjalanan balik, mereka telah singgah di Wisma Belia. Sewaktu hendak meneruskan perjalanan pulang, tiba-tiba keadaan menjadi gempar apabila terdapat seekor ular sawa di dalam salah sebuah kereta tersebut. Apa lagi, bertempiaranlah anggota rombongan keluar dari kereta yang baru dinaiki. Dato’ Meor Abdul Rahman telah menangkap ular sawa tersebut lalu dimasukkan ke dalam sebuah guni. Ular tersebut kemudian dibawa ke dalam Dewan Belia Kampung Pandan iaitu di mana terletaknya pejabat PSSGM. Dato’ Meor Abdul Rahman kemudian membawa ular sawa tersebut pulang ke Taiping. Di Taiping ular tersebut dipelihara di dalam sangkar. Kahar Redza telah diarahkan menjaga makan minum ular berkenaan. Ular tersebut diberi makan dua ekor ayam sehari serta dimandikan.

Dato’ Meor Abdul Rahman tidak menurunkan pelajaran yang sama kepada semua orang, kerana kebiasaannya Dato’ Meor Abdul Rahman akan menurunkan pelajaran ketika ilhamnya tiba, tanpa mengira waktu. Jika tengah malam ilhamnya datang, maka pada tengah malamlah pelajaran silat akan diturunkan. Sesiapa yang ada pada masa itulah yang kena mengajar semula kepada murid-murid lain. Dato’ Meor Abdul Rahman tidak pernah menurunkan kesemua pelajaran pada seseorang sahaja. Mata pelajaran yang diperturunkan adalah sama tetapi berlainan bentuk. Misalnya, Abd.Majid Md.Isa mendapat pelajaran Pukulan tetapi Kahar Redza mendapat pelajaran Kombat. Kahar Redza banyak mempelajari Seni Selayang Pandang dan Seni Seligi. Apabila balik ke Kuala Lumpur, Kahar Redza akan menurunkan pelajaran tersebut kepada guru-guru lain. Dato’ Meor Abdul Rahman tidak pernah memakai uniform silat ketika mengajar. Beliau hanya berkain pelikat sahaja ketika menurunkan pelajaran silat di Taiping.

Masa penurunan pelajaran adalah tidak berketentuan. Jika tengah malam Dato’Meor Abdul Rahman berhajat ingin menurunkan pelajaran, maka semua murid yang berada di dalam rumahnya akan diminta bangun mempersiapkan diri.

Satu kepantangan Dato’ Meor Abdul Rahman ialah beliau tidak sukakan muridnya melawan cakap beliau. Ahmad Lazim pernah luka dan berdarah dahinya apabila terkena kaca gelas daripada gelas yang dibaling oleh Dato' Meor Abdul Rahman.

Dato’ Meor Abdul Rahman juga tidak suka jika murid-muridnya menipu beliau. Misalnya, pernah suatu ketika Kahar Redza bersama-sama gurulatih-gurulatih lain terasa ingin menonton wayang gambar. Mereka berbohong dengan mengatakan cerita tersebut adalah cerita kung fu walhal apa yang mereka ingin tonton ialah cerita percintaan. Dato’ Meor Abdul Rahman menyuruh Kahar Redza memberi setiap orang RM10 sebagai wang saku. Antara yang pergi ke pawagam ialah Ahmad Lazim dan Ahmad Ismail. Mereka ingatkan Dato’Meor Abdul Rahman senang diperdayakan. Rupa-rupanya Dato’ Meor Abdul Rahman telah menghidu niat mereka terlebih dahulu. Secara senyap, Dato’ Meor Abdul Rahman telah mengekori mereka dari jauh. Apabila wayang tamat dan mereka pun pulanglah semula ke rumah Dato’ Meor Abdul Rahman. Sebaik sahaja sampai di rumah, didapati Dato’ Meor Abdul Rahman telah menanti di muka pintu. Dato’ Meor Abdul Rahman telah menyerang kesemua murid-muridnya itu dengan buah penangannya. Kepala Ahmad Lazim telah terkena serpihan kaca sehingga berdarah. Walaupun begitu, mereka tetap bersyukur dengan kejadian tersebut kerana pada masa inilah banyak buah telah diperturunkan. Setiap serangan berupa buah. Banyak buah seligi dan selayang pandang diperturunkan ketika ini. Dato’ Meor Abdul Rahman telah memaki hamun mereka dengan kata-kata yang kesat seperti "paria" dan sebagainya. Walaupun diperlakukan sedemikian rupa, namun mereka hanya mendiamkan diri. Inilah satu contoh murid mentaati guru pada ketika itu.

Dalam melakukan latihan fizikal, Dato’ Meor Abdul Rahman gemar mengangkat besi angkat berat. Terdapat 3-4 besi angkat berat di rumahnya. Dato’ Meor Abdul Rahman akan melakukan angkat berat sebanyak 100 kali di samping tekan tubi sebanyak 100 kali juga pada setiap pagi(walau bagaimanapun, beliau dilihat melakukan senaman angkat berat ini ketika berada di Taiping dan di Kedah sahaja). Selain daripada senaman angkat berat, Dato’ Meor Abdul Rahman juga sering melakukan senaman untuk kekuatan otot perut dan senaman pernafasan. Walau bagaimanapun, senaman-senaman ini adalah untuk kegunaan beliau sendiri dan tidak dianjurkan kepada murid-murid beliau. Kahar Redza hanya dapat mencuri-curi pandang setiap kali Dato’ Meor Abdul Rahman membuat senaman pernafasan. Minat Kahar Redza dengan senaman ini berputik bila beliau terpandang Dato’Meor Abdul Rahman berjaya memecahkan dinding batu dengan tumbukannya. Menurut Mohd.Razali Salleh, Pemegang Amanah II, di Singapura, Dato’ Meor Abdul Rahman menggunakan baldi yang berisi air sebagai alat angkat beratnya. Beliau akan mengangkat baldi tersebut turun-naik dan tidak akan berhenti selagi air di dalam baldi tersebut masih ada. Di Taiping, Kahar Redza pernah melihat tong getah yang diisi dengan air tetapi beliau tidak pasti apa kegunaan tong tersebut.

Untuk menguatkan otot kaki, Dato’ Meor Abdul Rahman akan membuat senaman tapak itik, iaitu berdiri sebelah kaki dan membuat gerakan turun-naik sehingga 100 bilangan. Kadang-kadang kerusi digunakan sebagai sokongan(untuk dipegang bagi mengimbangi badan). Menurut Dato’ Meor Abdul Rahman, senaman ini amat penting untuk memperbaiki teknik tendangan. Dalam hal senaman, Dato’ Meor Abdul Rahman lebih menumpukan kepada kekuatan otot tangan.

Antara kelebihan Dato’ Meor Abdul Rahman yang pernah disaksikan sendiri oleh Kahar Redza ialah kebolehan beliau menukarkan kemenyan menjadi batu akik. Norsaii pernah disuruh memamah kemenyan dan apabila diluahkan, ia telah menjadi seketul batu akik. Dato’ Meor Abdul Rahman juga pernah dilihat menukarkan pelepah pisang menjadi batu akik. Zainal pernah disuruh memamah pelepah pisang, dan apabila diluahkan ia telah bertukar menjadi batu akik. Batu-batu akik ini mempunyai kelebihan masing-masing, dan biasanya digunakan untuk tujuan perubatan. Dato’ Meor Abdul Rahman juga berkebolehan memasukkan susuk. Dato’ Meor Abdul Rahman pernah memasukkan susuk ke dalam badan murid-muridnya dari Selangor. Susuk-susuk tersebut mempunyai pelbagai fungsi dan bergantung kepada kehendak si pemakainya ketika diminta daripada Mahaguru. Pemakaian susuk hendaklah dirahsiakan daripada pengetahuan orang lain.

Pada tahun 1970, satu rombongan ahli Silat Seni Gayong yang diketuai oleh Dato' Meor Abdul Rahman telah melawat ke Pulau Tawar, Kuantan, Pahang, iaitu ke rumah Pahlawan Mat Kilau. Dato' Meor Abdul Rahman telah bertemu dengan Pahlawan Mat Kilau dan membisikkan sesuatu ke telinga Pahlawan Mat Kilau tersebut.

"Aki...Aki ingat tak dengan ayat ini..(Dato' Meor Abdul Rahman kemudian membisikkan sepotong ayat Al-Quran yang menjadi amalan ahli Silat Seni Gayong)," bisik Dato' Meor Abdul Rahman ke telinga Pahlawan Mat Kilau.

"Dari siapa kamu dapat ayat ni?..." tanya Pahlawan Mat Kilau yang sedikit terkejut.

"Dari datuk saya, Syed Zainal Syed Idris Al-Attas..." balas Dato' Meor Abdul Rahman.

"Ooooo...Syed Zainal..." kata Pahlawan Mat Kilau sambil menitiskan air mata. Dato' Meor Abdul Rahman dan Pahlawan Mat Kilau telah berpeluk-pelukan seolah-olah lagak dua orang sahabat yang telah lama terpisah dan baru dipertemukan semula. Hal ini disaksikan sendiri oleh Kahar Redza, yang turut mengikuti rombongan Gayong tersebut. Menurut ceritanya, Mat Kilau adalah rakan seperguruan Syed Zainal Al-Attas.

posted@malaysiasensasi.net via http://onnjadi.tripod.com/kahar.html



Antara tahun 1946-1948, kerajaan AS dan Guatemala melakukan eksperimen bersama dengan cara sengaja meenjangkitkan sipilis pada tahanan di Guatemala dan pesakit di hospital sakit jiwa. Penelitian ini bertujuan untuk menguji bahan kimia yang boleh mencegah penyebaran penyakit.

Peneliti berusaha menjangkitkan subjek dengan cara menyuruhnya berhubungan seks dengan pelacur yang sudah dijangkiti. Meskipun pesakit sipilis ini diberikan ubat penisilin, tapi tidak diketahiu rawatan lanjutan bagi pesakit tersebut.

Anda boleh rujuk eksperimen ini melalui carian "Guatemala syphilis experiment"


Teletak di lokasi strategik di pinggir ibu kota, SVille Homestay yang dikelilingi kehijauan alam menggamit kedatangan anda ke sini. SVille Homestay yang terletak di dalam bangunan Spring Ville Servive Apartment menyediakan banyak kemudahan untuk anda menginap di sini.

Apapun tujuan anda dari bercuti hinggalah kepada tugasan di Kuala Lumpur, SVille Homestay akan memberikan pengalaman baru kepada anda.

Landmark: Spring Ville Service Apartment, Ukay Perdana, Ampang. Bersebelahan Bukit Antarabangsa. Berdekatan Zoo Negara, Keramat, Taman Melawati, Wangsa Maju.

Layari: www.SVhomestay.com untuk info lanjut




posted@malaysiasensasi.net



Tembok ini dibangun di abad ke dua kerana pemerintahan empayar Romawi pada saat itu, Hadrian, sudah bosan berperang. Tembok yang dibangun terbentang dari Laut Utara sampai ke Laut Irlandia dan pada saat itu, tembok tersebut merupakan batas dari empayar Romawi.

2. Santa Maria delle Grazie – Itali



Mungkin Anda tidak pernah mendengar namanya. Tapi Anda pasti tahu mengenai lukisan “Makan Malam Terakhir” karya Leonardo Da Vinci. Lukisan dinding (mural) buatan Leonardo ini dibuat di tembok ini. Lukisan “Makan Malam Terakhir” ini diselesaikan pada 1498. Walaupun sebagian besar tembok biara ini hancur pada 1943, tapi tembok yang satu ini sama sekali tidak tersentuh!

3. Tembok Kremlin – Moskwa 



Tembok dari bata merah yang satu ini malah sudah berdiri selama 700 tahun. Panjang tembok ini mencapai 1.4 batu dan mengelilingi Lapangan Merah. Ada empat gerbang dari zaman abad pertengahan yang masih berdiri kokoh dengan 20 menara di sepanjang tembok ini. Di dalam tembok ini terdapat mausoleum tempat bersemayam jenazah para pemimpin tertinggi Rusia seperti Stalin dan Brezhnev.

4. Tembok Barat – Yerusalem
 


Tembok yang dikenal juga dengan nama Tembok Ratapan ini, memiliki berbagai sejarah unik. Tembok yang dikenal sebagai al-Buraq ini adalah tempat dimana Nabi Muhammad memelihara kuda-kuda miliknya. Sementara umat Yahudi menganggap bahwa tembok ini adalah tembok untuk meratapi kehancuran Sinagog Yahudi.

5. Tembok Berlin – Jerman



Tembok ini berdiri kokoh di kota Berlin selama 28 tahun, sebagai pengingat akan kejadian mengerikan selama Perang Dingin. Tembok ini seakan adalah bentuk nyata dari “Tirai Besi”. Tembok ini berdiri mulai tahun 1921 sampai dengan 1989 yang berakhir dengan dihancurkannya tembok ini sebagai tindakan nyata dari berakhirnya Perang Dingin. November 2009 ini adalah perayaan 20 tahun berakhirnya kekuasaan “teguh” tembok pemisah ini.

6. Tzompantli – Meksiko 



Di reruntuhan Chichen Itza, anda akan menemukan tembok Tzompantli, atau Tembok Tengkorak. Sejarah tembok ini memang menyeramkan, di zaman suku Maya berkuasa, tengkorak korban ritual diletakkan di dalam tembok ini. Tembok ini sendiri dihiasi dengan relief-relief tengkorak dan juga berbagai gambar mengenai ritual yang ada pada masa tersebut.

7. Medinet Habu – Mesir 



Tembok yang dikenal sebagai Medinet Habu ini adalah tembok terakhir yang berdiri dari Kuil Persemayaman Ramsses III. Tembok ini dibina pada abad 12 SM. Tinggi tembok ini mencapai 60 kaki (hampir 18 meter) dan dipenuhi dengan 75.000 kaki persegi hiasan dan tinggalan sejarah

8. Tembok Besar- China
 


Pembangunan tembok ini dimulai pada tahun 221 SM dan terus berkembang sampai 17 Abad. Tembok yang baru ditemukan “patahan” yang selama ini tersembunyi ini akhirnya memiliki panjang 4.000 batu. Sebagian besar tembok ini pernah digunakan oleh para atlet balap sepeda selama Olimpiade Musim panas 2008.

9. Tembok Memorial Veteran Vietnam, Washington, AS 



Tembok yang satu ini memang bukan tembok tertua, tapi setidaknya tembok ini selalu dikunjungi banyak orang tiap tahun. Tembok ini selesai dibangun pada 1982 dan ditorehkan lebih dari 58.000 tentara Amerika yang gugur atau hilang selama operasi di Vietnam pada 1959 sampai 1975. Beberapa tembok menyenangkan, beberapa yang lain mempesona, bahkan membuat kita bertanya-tanya, tapi setidaknya, apapun yang Anda rasakan ketika mengunjungi tembok ini, setidaknya kunjungan itu tidak akan terlupakan begitu saja.

10. Monster Hijau – Boston 



Para pecinta olahraga tidak akan melupakan tembok setinggi 37 kaki (10 meter) yang dinamakan Green Monster di Fenway Park, Boston. Tembok yang pernah hancur pada 1934 karena kebakaran, kembali dibangun dan terus diperbaharui. Tembok ini sekarang dibangun dengan dilapisi plastik keras dengan dihiasi papan angka model kuno, sebagai kenangan atas masa lalu. [sumber]


posted@malaysiasensasi.net



Salah satu penyakit yang cukup berbahaya adalah darah tinggi dan merupakan penyakit yang ditakuti hampir kebanyakan orang. Penyakit ini adalah salah satu penyakit keturunan. Penyakit ini juga dapat membuat penderitanya diserang stroke dan dapat mengakibatkann kematian pada penderitanya. Penyakit darah tinggi biasa disebut juga hipertensi, yang mana membuat penderitanya pusing tuju keliling sampai tak boleh memikirkan atau melakukan sesuatu yang lain kecuali sakit kepala yang dirasakan. Darah tinggi umumnya menyerang orang-orang dewasa atau lansia, dan sering dikaitkann dengan penyakitnya orang-orang yang hobinya marah-marah.. mungkin kerana biasanya orang marah disebut juga dengan orang yang sedang naik darah. Agar lebih waspada lagi dengan penyakit darah tinggi, mari kita simak beberapa informasi dibawah ini yang telah admin rangkum dari beberapa sumber;

Penyebab dan Gejala Awal Penyakit Darah Tinggi (Hipertensi)
Masih cukup banyak orang yang kurang tahu sebenarnya apa saja gejala awal penyakit darah tinggi. Padahal, adanya gejala penyakit tekanan darah tinggi yang tidak dikesan sejak awal boleh menjadi sangat berbahaya kerana memicu komplikasi penyakit lain.

Memang gejala yang timbul mungkin berbeza-beza pada tiap penderita tekanan darah tinggi. Selain itu, gejala awal penyakit hipertensi juga tidak terlihat secara kasar mata sehingga cukup sulit dikenali. Akan tetapi beberapa pertanda boleh menjadi indikator akan adanya penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi ini.

Ciri Ciri Tekanan Darah Tinggi Dan Gejalanya
Tanda dan ciri tekanan darah tinggi – jika sebelumnya Kita membahas tentang makanan pantangan darah tinggi, kali ini nitips.com akan mengulas beberapa tanda gejala dan ciri-ciri tekanan darah tinggi. Ciri ciri ini perlu Anda ketahui, agar tekanan darah tinggi yang Anda derita tidak semakin parah. Tujuan mengetahui tanda gejala darah tinggi tentunya agar Anda harus lebih berhati-hati untuk menjalankan pola hidup yang sihat.

Dipetik dari laman web Boldsky, terdapat beberapa ciri-ciri penyakit hipertensi yang boleh kita ketahui. Dengan mengetahui tanda-tanda hipertensi secara dini, maka kita dapat mencegah komplikasi yang lebih lanjut yang diakibatkan oleh tekanan darah tinggi.

1. Pusing pada kepala
Rasa sakit kepala dan vertigo bisa menjadi pertanda awal penyakit tekanan darah tinggi. Jika rasa sakit kepala tiba-tiba muncul tanpa sebab yang pasti, waspadailah dan segera konsultasikan pada doktor atau petugas kesehatan. Bisa jadi, ini merupakan pertanda awal hipertensi yang bisa menjalar pada penyakit stroke dan serangan jantung.

2. Terdapat titik darah pada mata
Ini merupakan ciri ciri awal penyakit tekanan darah tinggi yang lumayan mudah dikenali. Ketika Anda melihat bola mata Anda terdapat titik merah seperti darah, ini tidak boleh disepelekan. Bisa jadi, titik darah ini merupakan darah yang membeku akibat hipertensi yang ada. Segeralah pergi ke doktor untuk memeriksakannya, Anda juga dapat memeriksa tekanan darah sendiri di rumah untuk mengetahui lebih lanjut tentang adanya titik darah pada mata.

3. Mati Rasa
Ini merupakan ciri ciri penyakit tekanan darah tinggi yang tergolong sudah parah. Peningkatan tekanan darah yang dipicu oleh hipertensi akan menyebabkan kesemutan dan mati rasa. Boleh jadi, kesemutan ini merupakn pertanda awal penyakit stroke yang boleh membahayakan nyawa. Gejala seperti ini terjadi kerana kerosakan syaraf yang terjadi di dalam tubuh akibat penyakit tekanan darah tinggi tidak terkawal.

4. Mual dan Muntah
Rasa mual dan muntah biasanya terjadi ketika orang mengalami sakit atau masuk angin. Namun, mual dan muntah juga boleh menjadi pertanda hipertensi pada tahap awal. Namun mual dan muntah yang terjadi pada orang hipertensi sedikit berbeza. Biasanya disertai dengan pandangan kabur dan nafas yang sesak.

5. Hidung berdarah
Hati hati ketika Anda mengalami hidung berdarah, sebaiknya jangan ambil ringan gejala ini. Hidung berdarah boleh jadi merupakan pertanda awal penyakit hipertensi. Konsultasikan dengan doktor untuk mengatasi masalah ini.

6. Rasa sakit pada kepala
Selain merasa pusing, gejala hipertensi lain juga berupa rasa sakit pada kepala yang sangat hebat. Sakit kepala kerana tekanan darah tinggi boleh terjadi dalam waktu lama dan tidak sembuh meski sudah dilakukan pengubatan.

Itulah beberapa tanda dan ciri tekanan darah tinggi, sebaiknya jika anda sudah mengenali gejala tersebut, sebaiknya sejak dini lakukan pencegahan dengan menjaga berat badan agar tetap normal bahkan memilah makanan yang sehat agar tekanan darah tinggi tidak semakin parah.


Menara misteri Iblis, yang dikenal sebagai Devils Tower, terletak di timur laut Wyoming di Amerika Serikat. Tingginya lebih dari 1.266 ft, yang sebanding dengan ketinggian Empire State Building, yang sekitar 1.250 ft tanpa puncak menara. Batu terbentuk sekitar 65 juta tahun yang lalu oleh aktivitas gunung berapi.

Legendanya : Berbagai legenda yang menceritakan tentang asal-usul menara. Satu cerita dari Kiowa, arapaho, Crow, cheyenne dan suku Sioux, ketakutan sekelompok gadis-gadis kecil dikejar oleh beruang raksasa. Menurut legenda ini, tujuh gadis Indian suatu hari bermain di hutan. Beruang besar datang kepada mereka dan mengejarnya. Gadis-gadis melarikan diri dengan cepat melalui pepohonan, tetapi beruang perlahan-lahan dapat menyusul mereka. Karena situasi membuat mereka menjadi putus asa, gadis-gadis melompat ke atas batu karang yang rendah dan berdoa dengan suara keras ke Roh Leluhur untuk menyelamatkan mereka. Tiba-tiba batu kecil mulai tumbuh ke atas, mengangkat tujuh anak perempuan lebih tinggi dan lebih tinggi ke langit. Beruang yang marah melompat ke sisi menara (batu tersebur) dan meninggalkan bekas cakar, yang dapat dilihat sampai saat ini di atas dinding batu.

Dikenal oleh orang Indian sebagai Mateo Tepee atau Grizzly Bear Lodge, menara ini sebenarnya adalah sisa gunung berapi ekstrusi yang terjadi 60-70 juta tahun yang lalu. Tumbuh sekitar 1.200 meter di atas Sungai Fourche Belle, menara ini pertama kali dilihat oleh penjelajah kulit putih dari AS,pada Geological Survey pada tahun 1875. Para surveyor menyebut batu itu Devils Tower, setelah nama tua yang diberikan Indian, The Bad God's Tower. Pertama kali dipanjat, dengan menggunakan tangga kayu panjang yang melekat pada permukaan batu, pada 4 July 1893.
Hari ini, menara ini adalah kawansan pendakian popular dan lebih dari 20.000 ascents telah dibuat. Menara ini masih sangat dihormati sebagai laman pencarian visi orang Indian. Penggunaannya saat ini masih terus sebagai objek untuk Indian dan non-Indian, dan banyak pengunjung telah melaporkan melihat fenomena cahaya aneh dan UFO yang terbang disekitar puncak menara.



Gua Krubera, yang terletak di wilayah yang menjadi pertikaian di sempadan Georgia di timur Eropah adalah gua paling dalam di dunia.

Kedalaman rasmi direkodkan bahagian paling dalam Gua Krubera adalah 2,197 meter atau 7,208 kaki. Untuk perspektif kira-kira enam setengah Menara Eiffel yang disusun di atas satu sama lain.

Gambar-gambar yang menakjubkan untuk merasai skala sebenar dan kemegahan. Sejak penemuan awal Gua Krubera pada tahun 1960 ahli-ahli sains telah cuba untuk meneroka dan rahsia-rahsianya.

Pada tahun 2001 Gua Krubera rasmi menjadi gua terdalam di dunia dengan kedalaman diterokai pada masa itu 1,710 meter. Gua ini kini direkodkan lebih daripada 2,000 meter.

Kedalaman rasmi Gua Krubera dicatatkan oleh penyelam Ukraine Gennadiy Samokhin pada tahun 2012.











posted@malaysiasensasi.net sumber: dairishare

Buku Keajaiban Rezeki yang diiklankan di blog ini telah menimbulkan pertanyaan daripada beberapa orang yang membaca iklan tersebut. Antara soalan yang kerap ditanya ialah:

Soalan: Buku itu ebook atau buku betul?
Jawapan: Ini adalah buku, bukan ebook. Pembeli akan mendapat buku ini melalui pos terus ke rumah.

Soalan: Confirm ke rezeki akan berlipatkali ganda jika mengamalkan apa yang diajar?
Jawapan: Ya..sudah tentu, seperti yang dijanjikan oleh Allah dalam kitab sucinya. Baca dulu baru faham..insyaAllah

Soalan: Macamana manusia boleh mengatur malaikat?
Jawapan: Soalan ini hanya akan terjawab jika anda membaca buku ini. 

Soalan: Rezeki itu milik Allah, macamana baca buku ni boleh dapat rezeki?
Jawapan: Sama juga dengan bekerja. Rezeki itu milik Allah, kenapa perlu bekerja untuk dapat rezeki?. 


Soalan: Confirm ke rezeki datang, tanpa perlu InsyaAllah?
Jawapan: Itu seperti sudah dijanjikan Allah..Baca buku ini dan anda akan faham


Posting iklan berkaitan buku Keajaiban Rezeki
=========
KEAJAIBAN REZEKI DENGAN OTAK KANAN
Penulis: Ippho Right Santoso
Harga:
RM35.00 Semenanjung (Termasuk pos)
RM40.00 Sabah/Sarawak (Termasuk  pos)

Sila whatsapp https://wasap.my/60109015200 untuk mengetahui berkenaan buku ini