Koleksi Sensasi

Lukisan Menyeramkan Yang Boleh Menyebabkan Kebakaran


Lukisan bergambar anak kecil sedang menangis ini dinamakan Crying Boy. Lukisan yang kelihatan suram ini ternyata menyeramkan dan menyimpan sumpahan. Legenda mengenai sumpahan pada lukisan Crying Boy ini bermula pada tahun 1988, ketika sebuah rumah meletup dan terbakar di Heswall, England.

Lukisan ini dikeluarkan secara banyak dibeli oleh keluarga-keluarga yang kemudian memasang lukisan ini di rumah mereka. Lukisan ini diketahui merupakan karya seorang seniman Spanyol bernama Franchot Seville.

Tidak lama kemudian di Bradford terjadi kebakaran lagi, dan lukisan ini ditemui dalam rumah, dan tidak rosak sedikit pun. Ketua bomba di Yorkshire kemudian mendapatai kejanggalan yang terjadi berkait rumah yang terbakar dan lukisan anak menangis tersebut. Ada banyak kes rumah yang terbakar dan di dalamnya terdapat lukisan tersebut.

Rentetan kejadian-kejadian aneh dan menyeramkan ini membuat orang ramai orang beranggapan bahawa ada sesuatu yang jahat dalam lukisan tersebut yang menyebabkan kebakaran. Mereka percaya bahawa lukisan tersebut membawa sial. Orang ramai kemudian bertanya-tanya tentang siapa sebenarnya kanak-kanak dalam lukisan ini. Si Pelukis, Seville mengatakan bahawa budak ini ditemuinya di suatu tempat.

Budak itu bernama Don Bonillo, dan dia dikatakan lari dari rumah setelah melihat orang tuanya meninggal dalam kebakaran. Setelah melukis anak ini, Seville menjadi kaya namun studio tempatnya melukis terbakar habis.

Setelah banyak rumah terbakar, orang-orang yang memiliki lukisan ini ketakutan dan memutuskan untuk membakar lukisan ini sebelum terjadi sesuatu yang buruk.